Tuesday, 20 September 2016

PENCIPTAAN HAIWAN DAN MANUSIA



SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAAN
DUA2012 
TAJUK : QURAN SAINTIFIK MENYINGKAP RAHSIA PENCIPTAAN MANUSIA DAN HAIWAN


NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI NAWAWI

NAMA AHLI KUMPULAN :
NOR ADILAH BINTI AHMAD SHUKRI (02DSB15F2040)
NURULAIN NAZIHAH BINTI MOHD AZMI (02DSB15F2007)
NUR ZARITH SAFAWATI BINTI SENU ( 02DSB15F2038)
ANIS ZULAIKHA BINTI ZAILAN (02DSB15F2005)





                   PENDAHULUAN
Pada era modenisasi yang serba canggih, dunia kini terlampau didedahkan dengan fakta-fakta saintifik sains dan teknologi dari Barat. Ramai yang beranggapan bahawa saintis Barat merupakan golongan yang menyingkap rahsia penciptaan alam, manusia dan juga haiwan. Namun hal ini sama sekali tidak benar kerana telah dibuktikan bahawa setiap penciptaan manusia dan haiwan telah lama terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Hal ini dibuktikan dengan adanya surah-surah dan hadis-hadis dari Al-Quran.
Sebagai contoh, hujah berkenaan manusia berasal dari tanah dapat dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah   S.A.W yang berbunyi “Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dari gumpalan tanah yang diambil dari seluruh tempat yang ada di bumi..”[perlukan pengesahan bahawa hadis ini sahih]”.Oleh itu, sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada Al-Quran dan hadis kita seharusnya membuktikan bahawa penciptaan manusia dan haiwan memang telah lama disingkapkan .Kami ingin mengemukakan tentang rahsia penciptaan manusia dan haiwan yang telah dinyatakan dalam Al-Quran. Umat Islam harus menyingkap tentang penciptaan manusia dan haiwan  yang terdapat dalam Al-Quran dan hadis kerana bimbang akan dunia yang pesat membangun serta teknologi yang semakin canggih akan menyebabkan manusia lupa tentang penciptaan diri mereka dan haiwan pada hari ini telah lama terkandung dalam Al-Quran dan hadis serta bukan berasal daripada sains dan teknologi semata-mata. Lemak manis jangan terus ditelan, pahit jangan terus dimuntahkan’ saintis Barat mempunyai kebaikannya tersendiri  namun ada juga keburukan yang perlu kita awasi terutama sebagai umat Islam dan menjadi contoh kepada generasi yang akan datang pada masa hadapan.
Pada dunia yang globalisasi akan memudahkan lagi generasi sekarang untuk menyingkap penciptaan manusia dan haiwan dalam Al-Quran Saintifik yang telah wujud.

Quran Saintifik Menyingkap Rahsia Penciptaan Manusia Dan Haiwan

FAKTA FAKTA SAINTIFIK DALAM AL QURAN DAN HADIS

Sains dan teknologi  serta fakta saintifik tentang kejadian alam semesta dan proses terjadinya manusia telah terkandung di dalam al Quran dan hadis. Manusia boleh memahami dengan mengkaji isi kandungan al Quran dan al Hadis. Al Quran menyentuh dan menjelaskan tentang alam tabii. Terdapat istilah kosmos yang meliputi makhluk rohaniah dalam al Quran. Ia menyatakan tentang asal usul alam, anatomi alam ,dan penciptaan dan kesudahan alam.
Alam ini diciptakan dengan berpasangan, baik dari alam, tumbuh tumbuhan , manusia, haiwan dan makhluk yang tidak manusia ketahui kejadiannya.




FAKTA TENTANG KEJADIAN MANUSIA DAN PROSES KEJADIANNYA

Manusia disebut al-basyar dari perkataan Arab. Sains menyatakan kejadian tubuh manusia mengandungi unsur yang sama namun sukatannya berbeza beza. Manusia pertama dicipta daripada tanah dan kepada tanah jugalah manusia itu akan kembali satu hari nanti kepada penciptanya.





TANAH YANG BAGAIMANA YANG TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA?

1.   Tanah dari Bukit Tursina
2.   Tanah Iraq
3.   Tanah tempat berdirinya Baitullah( KAABAH)
4.   Tanah Aden
5.   Tanah al Kautsar
6.   Tanah tempat berdirinya Baitul Muqaddis.
7.   Tanah Paris
8.   Tanah Khurasan
9.   Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if





Kata ulama Ibnu Abbas:

1.Kepala Nabi Adam dicipta dari tanah Baitul Muqaddis kerana disitulah otak dan  akalnya terletak.
2. Telinga Nabi Adam dari tanah bukit Tursina kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq tempat sujudnya kepada Allah S.W.T
4. Mukanya dari tanah Aden kerana di situ tempat berhias dan kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga al kautsar, tempat yang menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah al kautsar tempat memanis manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah , untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah paris tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks dan tipu daya syaitan untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah.
10. Tulangnya dari tanah bukit thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan berjalan.
12. Hatinya dari tanah syurga firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu , kemahuan dan sebagai.
13. Lidahnya dari tanah Tha’if tempat mengucap dua kalimah, Syahadat bersyukur dan berdoa kepada Tuhan yang maha Esa.



PROSES NABI ADAM OLEH ALLAH

Nabi Adam dijadikan dari tanah yang dicampurkan air tawar, masin, air hanyir , angin dan api dan diresapkan Nur iaitu sifat
Lalu tubuh Nabi Adam digenggam dengan genggaman “jabarut” dan diletakkan ke dalam “ alam malukut”.
Tanah yang menjadikan Nabi Adam ialah dari tanah yang terpilih. sebelum menjadi patung , tanah itu dicampurkan dengan rempah ratus, wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.
Kemudian tubuh itu dibenamkan ke dalam air ‘Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “jalan dan Jammal” lalu tubuh itu sempurna.
Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar, putar mengelilingi patung Adam yang terlantar . kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail memaksanya masuk dan ia mengikut malaikat Izrail.Setelah roh masuk ke dalam tubuh Nabi Adam a.s;Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.Demikianlah Allah memberi kekuatan kepada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam badan Nabi Adam a.s.Dahulu Izrail ditugaskan untuk mengambil tanah untuk Adam,kini ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.Setelah itu,meresap ke dalam bahagian kepala Nabi Adam,maka  terjadilah otak serta susunan-susunan urat saraf  yang sempurna.Selepas pembentukkan otak,maka terjadilah maka kiri dan mata kanan dan ketika roh sampai ke hidung Nabi Adam telah bersin serta mulutnya terbuka.Ketika ia bersin Allah telah mengajar ia untuk mengucap ALHAMDULILLAH dan itulah ucapan pertama Nabi Adam ke hadrat Allah S.W.T.Ketika rohnya sampai ke dada tiba-tiba ia merasakan untuk bangun padahal bawah bahagian badannya masih menjadi tanah keras.Disini menunjukkan sifat manusia yang tergesa-gesa.Setelah roh itu sampai ke bahagian perut maka terjadilah susunan usus-usus perut yang sempurna.Setelah itu roh sampai ke seluruh tubuh badan Nabi Adam maka  terjadilah tangan,kaki lalu terjadilah darah daging tulang urat-urat dan berkulit sempurna.Setelah selesai kejadian Nabi Adam sebagai manusia baru maka ialah makhluk manusia yang pertama.Nabi Adam adalah manusia yang pertama yang wajahnya sungguh indah semua malaikat kagum melihatnya



Dijadikan Pancaindera

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat bau
3. Telinga untuk pendengaran
4. Mulut alat perasa manis, masin, manis dan sebagainya
5. Anggota tubuh seperti kulit, tapak tangan untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.


Proses Kejadian Manusia Menurut Al Quran

Nutfah:

Iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. iaitu percampuran air mani
“sesungguhnya kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang Kami ( hendaklah mengujinya dengan perintah dan larangan.) keerana itu kami jadikan dia mendengar dan melihat”
Menurut Ibnu Jurair , nutfah berasal dari air yang sedikit yang terdapat dalam sesuatu bekas, tabung atau sebagainya yang bercampur. Daripada nutfah lelaki terbentuknya saraf, tulang, dan fakulti ,manakala daripada nutfah perempuan terbentuknya darah dan daging.

Alaqah

peringkat kedua ialah alaqah pada hujung minggu pertama. Hari ketujuh telur sudah disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim. Ia adalah segumpal darah yang diubah dari nutfah kepada alaqah iaitu:
·         Sesuatu yang bergantung atau melekat
·         Suatu buku atau ketulan darah.

Mudghah

Peringkat ketiga berlaku pada minggu keempat . Ia adalah segumpal darah beku dan seketul daging. Pada ketika ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota anggota yang lain. selain itu sistem pernafasan bayi juga sudah terbentuk. vilus yang tertanam di dalam otot otot ibu kini mempunyai salur darah tersendiri. Darah yang mula mengalir dengan leih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan permakanan yang cukup. Minggu ketujuh pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

Izam Dan Lahm

Pada peringkat keempat ini iaitu pada minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan otot otot akan membungkus rangka iaitu daging.
Pada minggu ketujuh terbentuk satu sistem kompleks. Pada tahap ini perut, usus, seluruh saraf, oak dan tulang mula terbentuk . serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan paru paru kelihatan dan organ pembiakan, kelenjar hati, buah pinggang, pundi kencing terbentuk lebih sempurna. pada minggu kelapan semuanya sudah lengkap.

Nasy’ah Khalqan Akhar

Peringkat kelima ini menjelang minggu kelapan, pada tahap ini bukan lagi embrio namun sudah menjadi janin telah terbentuk dengan sempurna. Kuku juga mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap dan perubahan juga berlaku namun pada ukuran bayi.

Nafkhur-Ruh

Peringkat keenam ialah peniupan roh. ia berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ organ dalam tubuh janin. Nilai kehidupan mereka telah terjadi dalam kita di dalam rahim ibu lagi. Perkembangan yang kita lihat bukan sekadar perkembangan fizikal sahaja namun ia adalah hubungan dengan Allah melalui ikatan kesaksian sebagaimana hebatnya ciptaan Allah.



MENYINGKAP PENCIPTAAN HAIWAN

Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air. Oleh itu ada haiwan yang berbagai-bagai. Sebagai contoh ada haiwan yang berjalan dengan perut ,ada haiwan yang berjalan dengan dua kaki dan ada sebahagian yang berjalan menggunakan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dihendaki-Nya, sesungguhnya dan  Maha Kuasa atas segala sesuatu. 

Para saintis mengklasifikasikan haiwan dua jenis iaitu haiwan bertulang  belakang dan haiwan tak bertulang belakang .Haiwan yang bertulang belakang didefinisikan sebagai haiwan vertebrata. Haiwan tanpa tulang didefinisikan sebagai invertebrata atau avertebrata.
Haiwan juga dibahagi menurut cara permakanan mereka. Contoh haiwan yang memakan daging dikenali sebagai haiwan karnivor .Manakala haiwan yang memakan tumbuh-tumbuhan dikenal sebagai herbivor. Haiwan yang memakan daging dan tumbuhan dinamakan omnivor.


 Haiwan Diciptakan Untuk Membantu manusia

1.    Menyempurnakan ibadat kepada Allah
2.    Pelengkap ibadat korban dan Aqiqah
3.    Sumber makanan manusia
4.    Kenderaan untuk tujuan beribadat pada Allah
5.    Lambang mukjizat nabi dan rasul
6.    Sumber rezeki
7.    Penawar penyakit




Kesimpulan

Kesimpulannya, proses kejadian manusia terbahagi pada barat dan Islam.  namun barat mempunyai teori yang diragui dan teori Islam tepat dan terbukti hingga kini, manusia adalah kejadian yang diciptakan oleh Allah dengan kejadian yang paling sempurna dan mempunyai akal untuk menjadi khalifah dan beribadat kepada Allah
Kita perlulah, menjalankan tanggungjawab dan tugasan mereka. untuk memikul tanggungjawab ini, manusia perlu amanah dengan menjalankan tugasan supaya tidak dipandang hina.
 Kita hendaklah menghargai dan menyakini bahawa Allah itu menghargai manusia sebagai semulia mulia kejadian yang diciptaNYA.
Seterusnya, haiwan tidak ada akal namun ia dijadikan untuk membantu manusia dalam ekosistem di bumi. Manusia, haiwan dan tumbuhan saling memerlukan, jika salah satu tiada ia akan mendatangkan keburukan pada kita sendiri.










LAMPIRAN 



KITARAN HIDUP MANUSIA










KITARAN HIDUP BINATANG





Manusia




Binatang yang memberi manfaat kepada manusia





RUJUKAN

Http://sktpolisas.blogspot./ menyingkap rahsia penciptaan manusia
http://lailizah.tripod.com  kenali proses kejadian haiwan
Buku Sains Kejuruteraan Dalam Islam
Tafsir Al quran
Surat khabar sinar ( muka surat 5)






No comments:

Post a Comment